Teori Teleologi

Istilah teleologi diambil daripada bahasa Yunani iaitu “telos” yang bermaksud tujuan atau matlamat dan “logos” yang bermaksud kajian.

2 Teori Penting Teleologi adalah Utilitarianisme dan Egoisme

Konsep ini mula dipebincangkan oleh ahli-ahli falsafah pada masa itu seperti Aristotle dan Pluto.

Peranan Teori Teleologi dalam pembinaan jambatan kedua

Konsep Teori Teleologi dilihat memainkan peranan dalam pembuatan keputusan pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang .

Pemasalahan Dalam Teleologi

Mencuri bagi teleologi tidak dinilai baik atau buruk berdasarkan tindakan, melainkan oleh tujuan dan akibat dari tindakan itu.

SANTAI SEBENTAR - ROBIN HOOD BAIK ATAU JAHAT?

Adakah anda pernah menonton filem Robin Hood? adakah anda rasa tindakan Robin Hood baik?.

Tuesday, February 11, 2014

BR1M 3.0 Credited Into Recipients' Accounts On Feb 22 - Najib



KUALA LUMPUR, Feb 11 (Bernama) -- The 1Malaysia People's Aid (BR1M) 3.0 will be credited directly into the bank accounts of recipients on Feb 22, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

In his Facebook site today, Najib said for applicants who did not have a bank account or did not update their banking details, BR1M payment would be made in stages from Feb 23.

Registration of new BR1M applicants closed on Jan 31 while existing recipients did not need to furnish new applications and they merely need to update their personal details such as address, family member information and bank accounts.

When tabling the 2014 Budget last October, Najib announced households with monthly income of RM3,000 and below were eligible to receive BR1M of RM650 while unmarried individuals earning not more than RM2,000 would receive aid amounting to RM300.

A total of RM4.6 billion was allocated by the government to carry out the distribution of the assistance which would benefit 7.9 million Malaysians.

Source: BERNAMA

A Success Story Of STING : Police seize drugs worth RM3 million, detains 11 people


 In less than two weeks after it was launched, the federal anti-narcotics police elite Special Tactical Intelligence Narcotics Group (STING) busted two drug syndicates with the arrest of 11 people and recovery of RM3 million worth of drugs last week.
The drugs, namely heroin, esctasy pills and syabu, in both liquid and crystal forms, were seized from two makeshift drug laboratories run by the syndicates.
An Iranian woman and a local woman were among those nabbed.
Federal police narcotics crimes investigations department Commissioner Datuk Noor Rashid Ibrahim said in press conference at Bukit Aman today that on Thursday police raided a house in Taman Maluri, Kepong at about 1.15am where a suspect was held over possession of heroin.
He said the suspect led police to a house in Batu Caves where three more men and a drug laboratory was uncovered. He said more than 3.5 kilogrammes of heroin was recovered from the bust.
In a second operation on a second syndicate, Noor Rashid said police carried out three raid simultaneously on three houses in Cyberjaya and Jalan Ipoh on Saturday at 3.30am where a woman and five men were held with more than 23 kilogrammes of syabu and 1,100 ecstasy pills recovered.
He said a drug laboratory that the syndicate operated was also crippled in a fourth raid by Sting on a house on Jalan Ampang five hours later.
He said the suspects, aged between 22 and 42, are under remand for investigations.
"Our elite team Sting has succeeded in crippling two syndicates in about a week after it was launched on Jan 30. This was also possible because of public cooperation and tip-offs." Noor Rashid said.
Source: thesundaily

BUDAYA ETIKA DAN INTEGRITI MEMBENTUK BUDAYA KERJA CEMERLANG


Untuk melangkah ke masa hadapan yang lebih cemerlang, negara kita harus bijak mengurus kejayaan, serta dengan tegas dan berkesan mengatasi pelbagai kelemahan dan kekurangannya. Cabaran besar yang perlu ditanganinya dalam usaha tersebut ialah pemantapan etika dan integriti.
Budaya ethika dan integriti adalah selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020  iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan  para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Etika:
Adalah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku  individu, organisasi dan profesion.

Integriti:
Secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dalam tindakan sehari hari.

Budaya kerja

Merujuk kepada nilai, kepercayaan dan sikap nilai, kepercayaan dan sikap pekerja terhadap pekerjaan.

Integriti Bukan Isu Rasuah sahaja
Isu integriti bukan hanya terfokus kepada isu-isu rasuah sahaja, malah ia merupakan satu konsep yang lebih besar. Amalan budaya kerja juga menuntut integriti. Integriti dalam ketepatan waktu, integriti dalam menyampaikan maklumat, integriti dalam memberi perkhidmatan terbaik, integriti dalam berhubung dengan ketua jabatan, rakan sekerja dan juga kakitangan sokongan.


Budaya Kerja Dalam Organisasi
Budaya etika dan  integriti ini adalah amat penting dalam mana-mana organisasi kerana ia memastikan  perlaksanaan apa jua program  serta matlamat dicapai dengan baik serta beretika. Antara objektifnya:
1. Memberikan hala tuju dan  bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;
2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya ia  menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang.
3. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;
4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan
5. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam  usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.


Budaya Kerja Berkualiti

Bagi membentuk budaya kerja yang berkualiti dalam organisasi, beberapa ciri harus diberi perhatian;

i)  Orientasi warga kerja haruslah bergerak di atas landasan yang betul sebagai prasyarat bagi menjayakan budaya kerja cemerlang iaitu mesti ada komitmen, mempunyai kesedaran kualiti, bersedia menerima perubahan dan tiada batasan masa untuk cemerlang.
ii) Komitmen daripada segala lapisan warga kerja bagi meningkatkan kecemerlangan organisasi adalah dituntut.
iii)  Kerja yang hendak dilaksanakan perlu dilakukan dengan sepenuh hati atas kehendak organisasi dengan mengetepikan segala kepentingan lain khususnya kepentingan peribadi.
iv) Sesebuah organisasi mewujudkan 'mind-set' yang berorientasikan kecemerlangan supaya warga kerja lebih komited kepada matlamat utama jabatan.
v)Sentiasa menggalakkan warga kerja menghayati serta mempraktikkan amalan-amalan pengurusan yang boleh meningkatkan kecemerlangan organisasi.


PENUTUP
Budaya kerja yang unggul dan cemerlang menjadi asas kepada peningkatan dan kualiti produktiviti   sesebuah organisasi. Pembentukan budaya kerja berkualiti hanya akan tercapai sekiranya warga organisasi  mempraktikkan etika kerja dan sifat integriti yang menyeluruh dan positif.

Sumber :  Institut Integriti Malaysia dan Pelan Integriti Nasioanal

Selfie penyebab kehilangan keyakinan diri


Trend popular ‘selfie’ masih belum surut dan kini, ia dikaitkan pula dengan masalah mental dan kemungkinan kehilangan keyakinan diri.

Selfie yang popular di kalangan generasi muda dikatakan boleh menyebabkan ketagihan selain memberi impak negatif kepada individu tersebut.

Budaya yang mula popular sejak kira-kira setahun lalu ini bukan sahaja mendapat perhatian anak-anak muda, malah golongan dewasa dan artis.

Sebagai contoh di Malaysia, artis popular negara tidak kurang memuat naik gambar selfie mereka ke lama sosial seperti Instagram, Facebook dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, ketagihan selfie ada kesan sampingannya.

Jabatan Kesihatan Mental Thailand memberi peringatan kepada generasi muda yang obses dengan trend popular ‘selfie’ bahawa ia boleh menyebabkan mereka hilang keyakinan selain menyebabkan ketagihan yang boleh membawa kepada impak negatif terhadap kehidupan dan pekerjaan mereka.

Budaya selfie ini semakin popular di kalangan pengguna internet, terutama remaja dan kumpulan pelajar, dimana mereka memuat  naik gambar-gambar mereka ke laman media sosial bagi mendapatkan perhatian, kata Timbalan Ketua Pengarah, Panpimol Wipulakorn dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, sikap ini boleh menyebabkan masalah mental pada masa hadapan terutama sekali berkaitan keyakinan diri dimana ini boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kehidupan seharian seseorang, karier dan juga pembangunan negara.

“Memberi terlalu banyak perhatian kepada selfie sendiri dengan terus memeriksa komen yang diberikan kepada mereka dengan harapan mendapat jumlah ‘like’ paling banyak merupakan satu petanda bahawa selfie boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah buat  mereka, termasuk kemungkinan untuk hilang keyakinan,” tambah Dr Panpimol.

Thailand mempunyai kira-kira 19 juta pengguna Facebook dan 800,000 pengguna Instagram, menurut satu kajian oleh Agensi Pembangunan Transaksi Elektronik (ETDA), sebuah organisasi awam.

Pakar kesihatan mental itu memetik kata-kata seorang pakar psikiatri Amerika yang berkata, selfie boleh menyebabkan seseorang hilang atau kurang keyakinan diri. Beliau menambah pegawai kesihatan awam di United Kingdom mengumumkan ketagihan terhadap media sosial seperti Facebook dan Twitter merupakan satu jenis penyakit dan lebih daripada 100 pesakit mendapatkan rawatan setiap tahun.

Menurutnya, keyakinan diri adalah penting kerana ia membolehkan seseorang itu merasa berpuas hati, gembira, berupaya menerima kebenaran dan bukan untuk mencari cinta atau perhatian daripada orang ramai.

Mereka yang kehilangan keyakinan akan merasa gementar, teragak-agak dan tidak gembira dengan kehidupan sendiri. Hidup dalam keadaan ini untuk satu jangka masa yang lama boleh menyebabkan gangguan mental dan emosi seperti paranoia, cemburu, penumpuan kepada perkara yang remeh serta kemurungan.

“Jika belia warga Thai mula hilang keyakinan, ini bermakna mereka tidak akan mahu untuk mencuba perkara baru dalam kehidupan mereka dan mereka hanya akan mengikut atau meniru orang lain, dan ini akan menyebakan kesukaran bagi mereka untuk memajukan diri sendiri.

“Ini akan memberi kesan terhadap negara pada masa hadapan memandangkan bilangan generasi baru semakin mengecil. Ia akan menghalang kreativiti dan inovasi negara,” kata Dr Panpimol.

Bagi memberhentikan ketagihan selfie, mereka perlu memberi perhatian  kepada orang ramai dan perkara di sekeliling mereka selain meluangkan masa bersama ahli keluarga serta rakan-rakan dengan bersenam, menonton filem atau bercuti.

Dr Panpimol menggesa pengguna internet untuk menerima perbezaan dan pendapat orang lain setaraf dengan mereka, selain berusaha untuk mengurangkan mengambil selfie terlalu kerap.

Sumber: AstroAwani