Teori Teleologi

Istilah teleologi diambil daripada bahasa Yunani iaitu “telos” yang bermaksud tujuan atau matlamat dan “logos” yang bermaksud kajian.

2 Teori Penting Teleologi adalah Utilitarianisme dan Egoisme

Konsep ini mula dipebincangkan oleh ahli-ahli falsafah pada masa itu seperti Aristotle dan Pluto.

Peranan Teori Teleologi dalam pembinaan jambatan kedua

Konsep Teori Teleologi dilihat memainkan peranan dalam pembuatan keputusan pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang .

Pemasalahan Dalam Teleologi

Mencuri bagi teleologi tidak dinilai baik atau buruk berdasarkan tindakan, melainkan oleh tujuan dan akibat dari tindakan itu.

SANTAI SEBENTAR - ROBIN HOOD BAIK ATAU JAHAT?

Adakah anda pernah menonton filem Robin Hood? adakah anda rasa tindakan Robin Hood baik?.

Tuesday, January 28, 2014

Kisah Sang Kancil Dengan Buaya Memberi Kesan Teori Teleologi

Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.

Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.

Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.

Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".

Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".

Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".

Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.

p/s: Ternyata Matlamat serta Usaha akan menghasikan kejayaan..



NILAI ETIKA ROBIN HOOD BERKAIT RAPAT DENGAN TEORI TELEOLOGI, MENGAPA? PENJAHAT @ PAHLAWAN?


Siapakah Robin Hood?









Kisah retorik perjuangan seorang penjahat budiman sebagai pembela rakyat jelata dalam melawan tirani yang kejam ini seakan tidak pernah berhenti untuk di ceritakan. Apatah lagi, cerita ini dipenuhi dengan kisah cinta yang penuh duri ranjau dan persahabatan yang mengagumkan.

Cerita tentang Robin Hood terbukti tidak lekang zaman-berzaman walaupun sudah diceritakan ratusan tahun dan mungkin berdasarkan kisah yang nyata.Legenda itu bermula di sebuah tempat di Selat Inggeris raya, Nottinghamshire yang dipimpin oleh Tirani yang sangat kejam, Sheriff of Nothingham, Robin Hood tampil sebagai pahlawan rakyat jelata dan sekaligus musuh bagi para penguasa dengan merompak harta para bangsawan dan membagikannya pada rakyat jelata.


Apakah kesan kisah ini melalui teori teleologi?

SIAPAKAH PENGASAS SERTA PENYOKONG BAGI TEORI INI? APAKAH KELEMAHAN-KELEMAHAN YANG TIMBUL?

Teori teleologi mengatakan bahawa nilai “betul” atau “salah” bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan yang dikenali sebagai “konsekuensialisme (consequentalism). Jadi, kriteria dan piawai asas tentang sesuatu (tindakan atau peraturan) yang baik, benar, salah, jahat dan sebagainya ialah penghasilan nilai bukan moral yang dianggap baik. Bagi teori ini, kebaikan atau kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilai instrumentalnya. Seterusnya, sesuatu tindakan atau peraturan dianggap bermoral jika jumlah kebaikan yang dihasilkan melebihi kejahatan. Namun, pandangan ahli teleologi yang berbeza tentang apa yang dikatakan baik dan jahat telah menyebabkan wujudnya dua jenis teori teleologi yang berbeza iaitu Utilitarianisme dan Egoisme.



Definisi:
Utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai. Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah kesenorokan (sesuatu yang bukan bersifat moral).Jeremy Bentham (1748-1832) merupakan pengasas bagi teori ini dan seterusnya dikembangkan oleh anaknya, John Stuart Mill (1806-1873).

Jeremy Bentham, mengatakan bahawa manusia dikuasai dan dipengaruhi kesenorokan serta kesakitan, manakala kemoralan ialah usaha mencari kebahagiaan, iaitu keseronokan.

Bagi John Stuart Mill (1806-1873) pula, beliau membezakan antara keseronokan dengan memasukkan aspek kualiti. Mill mengukur kualiti dan kuantiti sekaligus. Menurut Mill, petunjuk kualiti keseronokan adalah seperti tinggi/rendah, baik/buruk, baru/lama objektif/subjektif, dan. Faktor yang boleh mempengaruhi keseronokan pula ialah kecerdikan, pendidikan, sensitiviti, bermoral dalam tindakan dan kesihatan yang baik.

Beliau memperihalkan utilitarianisme seperti berikut: Prinsip Kebahagiaan Terbanyak  yang menekankan bahawa sesuatu perlakuan itu benar atau baik mengikut kadar atau perimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh perlakuan itu. Kesenorokan (bebas daripada kesakitan) sebagai natijah atau hasil yang benar, baik dan yang diidamkan.

Penyokong:
Quinton (1973), menggangap bahawa kebaikan sesuatu tindakan atau perlakuan ditentukan oleh nilai natijah daripada tindakan itu sendiri.
Penentu nilai berkenaan ialah kesenorokan dan kesakitan yang wujud bersamanya.

Jenis dan Ciri-ciri:

Utilitarianisme menggangap bahawa sesuatu perbuatan baik atau jahat bolehnya  disukat. Pada peringkat paling rendah dipanggil ‘act utilitarinisme’. Kita harus bertanya kepada diri sendiri mengenai kesan akibat sesuatu tindakan dalam keadaan tertentu ke atas pihak-pihak yang terlibat sebelum sebarang tindakan diambil. Sekiranya tindakan tersebut menghasilkan kebaikan maka ia dianggap betul.Jenis-jenis Utilitarianism:

Act utilitarianism:
Ciri yang pertama adalah merekodkan akibat sesuatu perbuatan sama ada bermoral atau sebaliknya berdasarkan kajian kes. Ciri ini dipanggil act utilitarianism. Misalnya aktiviti riadah dengan menonton televisyen mungkin dianggap tidak bermoral kerana masa tersebut sepatutnya digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang bermanfaat seperti kerja kebajikan.

Hedonistic utilitarianism:
Ciri yang kedua pula ialah mengambil kira kegembiraan, kesan daripada suatu tindakan dianggap bermoral. Ini kerana Bentham berpendapat, untuk menentukan benar atau salah (moraliti) tingkah laku individu, ianya perlu mengambil kira kesan dan akibatnya. Misalnya tindakan atau perbuatan yang boleh meningkatkan ciri kesetiaan dan persahabatan, sehingga mencetuskan ciri kegembiraan. Memutuskan persahabatan tetapi membahagiakan kedua-dua pihak yang terlibat adalah suatu yang dianggap bermoral.

Istilah yang selalunya dikaitkan dengan Teori Utilitarianisme adalah seperti berikut:

(a.)  Istilah kebaikan: Pengalaman kesenorokan mestilah dikaitkan dengan kebaikan dan pengalaman kesakitan dikaitan dengan kejahatan.
(b.) Istilah kebahagiaan:  Menyamakan kesenorokan dengan kebahagiaan.

Contoh yang berkaitan:

(a.)   Pandangan peperangan dalam konsep UtilitarianismeDalam memutuskan kemoralan melancarkan peperangan tertentu, seseorang itu mesti menimbangkan kemudaratan dan kebaikan yang mungkin terhasil. Peperangan dianggap wajar dari segi moral jika hasilnya membawa kebahagiaan dan kelebihan yang melebihi kesengsaraan dan penderitaan. Contohnya, utilitarianisme menyokong tindakan mengebom bandar Hiroshima (walaupun banyak yang tidak berdosa berkoban) untuk menamatkan perang dunia kedua. Hal ini kerana jika pihak jepun menang, dunia ini akan hilang sifat kemanusiaan dan kezaliman yang berleluasa.

(b.)  Pandangan tentang peraturan yang bermoral. 
Sesuatu peraturan yang ditentukan mesti memaksimunkan keseronokan bagi semua yang terlibat. Misalnya, peraturan memakai seluar pendek di dalam kampus perguruan.

(c.)  Tindakan mencuri      
Contohnya kalau seseorang itu mencuri wang daripada seseorang yang kaya dan kedekut dan kemudian di agihkan kepada si miskin di anggap baik, kerana bilangan orang yang beruntung adalah melebihi daripada seseorang kaya yang kena curi.

Kelemahan-kelemahan teori ini:

1.      Intensiti keseronokan atau kesakitan adalah sesuatu perkara yang subjektif dan sukar untuk diukur. Intensiti ini adalah subjektif kerana perasaan setiap individu adalah berbeza.
2.      Kualiti keseronokan atau kesakitan yang dialami oleh seseorang individu adalah tidak sama dengan orang lain.

Pengasas-pengasas:

1.      Intensiti keseronokan atau kesakitan adalah sesuatu perkara yang subjektif dan sukar untuk diukur. Intensiti ini adalah subjektif kerana perasaan setiap individu adalah berbeza.
2.      Kualiti keseronokan atau kesakitan yang dialami oleh seseorang individu adalah tidak sama dengan orang lain.

Teori Egoisme:
Definisi:
Egoisme ditakrifkan sebagai teori yang menggangap nilai itu baik jika menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk jika sesuatu itu merugikan diri sendiri.

Pengasas:
Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844 – 1900), ialah seorang ahli falsafah yang mengkritik utilitarianisme. Bagaimanapun, beliau lebih kuat menentang kemoralan sosial iaitu yang berasaskan tradisi dan peraturan masyarakat.

Nietzche mengenal pasti dua kumpulan besar manusia iaitu kumpulan rakyat jelata yang miskin dan kumpulan bangsawan yang kaya. Kumpulan rakyat jelata adalah ramai dan lemah. Manakala golongan bangsawan ini minoriti tetapi kuat. Oleh itu, rakyat jelata ini selalunya menyimpan perasaan benci dan dendam terhadap gologan bangsawan ini.

Hal ini telah menyebabkan kaum bangsawan melihat diri mereka sebagai durjana dan jahat. Mereka melihat nilai asal mereka (individualisme atau egoisme) sebagai salah. Usaha rakyat memperkenalkan peraturan moral ini mengandungi konsep seperti pengorbanan diri, rasa bersalah, suara batin, kepercayaan agama dan lain-lain. Bagi Nietzsche, mencipta tuhan atau menyedarkan wujudnya tuhan dan agama yang melindungi golongan rakyat ini adalah hasil daripada pemberontakan. Jadi, rakyat berjaya menjadikan etika dan kemoralan yang salah itu menjadi benar yang berpunca daripada perundangan tuhan.

Jadi, sesuatu tindakan itu mesti menguntungkan diri. Nietzsche ialah seorang egois yang mahu melihat kaum bangsawan untuk berkembang dan menjadi tuan kepada kod etika, peraturan dan undang-undang moral.

Jenis dan ciri-ciri:

Egoisme boleh dibahagikan kepada Egoisme Psikologi atau Egoisme Etika.



Egoisme Psikologi
Egoisme Etika
satu teori deskriptif mengatakan bagaimana orang melakukan tindakan.

Memberitahu (pescribe) bagaimana mereka perlu bertindak.
Berpendapat bahawa semua orang adalah selfish.
Berpendapat bahawa semua orang perlu selfish.



Egois biasanya mementingkan diri sendiri sahaja dan tidak mengambil kira kepentingan orang lain, sebaliknya menindas dan mengeksploitasi orang lain. Egois tiada iltizam untuk berbakti kepada masyarakat dan menjalankan kerja sukarela. Mereka ini benci kepada pertubuhan atau organisasi. Nietzsche memperakui nilai sesuatu sistem peraturan tetapi beliau menentang peraturan mutlak. Peraturan mestilah bersifat individualistik.


 Contoh yang berkaitan:
a)      Tindakan membantu orang lain
Contohnya, dalam kemalangan kebakaran, kita tidak sepatutnya menyelamatkan mangsa kerana dikhuatiri akan membahayakan nyawa diri. Bagi contoh lain, Seseorang itu dianggap tidak beretika apabila tindakannya menolong orang buta melintasi jalan raya, tetapi berkesudahan dengan kecelakaan.

b)      Tindakan peperangan
Kajian kes British menakluki negeri-negeri Melayu sebelum Malaysia merdeka, tindakan British mengeksploitasi bahan mentah di negeri-negeri melayu untuk tujuan kepentingan diri. Dalam situasi ini, British dianggap golongan bangsawan yang kuat. Manakala orang tempatan dianggap lemah dan selalunya memberontak mengunakan prinsip ketuhanan (hak mereka sebagai pemilik) untuk mempertahankan diri. Jadi, peperangan British untuk menakluki tanah melayu adalah bermoral.

c)      Tindakan kegiatan pertubuhan
Kegiatan pertubuhan yang wujud adalah tidak bermoral kerana ianya dianggap sebagai suatu fahaman baru untuk mempengaruhi orang lain. Contohnya, pertubuhan parti-parti politik.


 Kelemahan-kelemahan:
1.      Egoisme tidak mengutamakan kemurahan hati kerana mengejar kepentingan diri sendiri, hal ini memudaratkan orang lain.
2.      Peraturan yang bersifat individualistik ini menyebabkan tiada satu piawaian atau ukuran untuk menghakimi sesutau tindakan.


 Kesimpulan:
Prinsip Utilitarianisme yang dikemukakan mendukung bahawa kita seharusnya memaksimunkan kebahagiaan dan meminimunkan kesakitan. Manakala  pengajaran Egoisme pula menyokong etika individualisme. Oleh itu, dalam kehidupan seharian, kita mestilah berjaga-jaga dan berwaspada dalam menerima fahaman atau pendapat daripada mana-mana pihak.


Video Animasi Teori Teleologi hasil oleh kumpulan Ethics4Business JTP 401

Video Animasi
Video animasi ini adalah hakmilik ethics4business.blogspot.com hasil cetusan idea ahli blog ini.