Definisi:
Utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang
itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang
paling banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada
sejumlah insan yang paling ramai. Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah
kesenorokan (sesuatu yang bukan bersifat moral).Jeremy Bentham (1748-1832)
merupakan pengasas bagi teori ini dan seterusnya dikembangkan oleh anaknya,
John Stuart Mill (1806-1873).
Jeremy Bentham, mengatakan bahawa manusia dikuasai dan
dipengaruhi kesenorokan serta kesakitan, manakala kemoralan ialah usaha mencari
kebahagiaan, iaitu keseronokan.
Bagi John Stuart Mill (1806-1873) pula, beliau membezakan
antara keseronokan dengan memasukkan aspek kualiti. Mill mengukur kualiti dan
kuantiti sekaligus. Menurut Mill, petunjuk kualiti keseronokan adalah seperti
tinggi/rendah, baik/buruk, baru/lama objektif/subjektif, dan. Faktor yang boleh
mempengaruhi keseronokan pula ialah kecerdikan, pendidikan, sensitiviti,
bermoral dalam tindakan dan kesihatan yang baik.
Beliau memperihalkan utilitarianisme seperti berikut: Prinsip Kebahagiaan Terbanyak yang menekankan bahawa sesuatu perlakuan itu benar atau baik mengikut kadar atau perimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh perlakuan itu. Kesenorokan (bebas daripada kesakitan) sebagai natijah atau hasil yang benar, baik dan yang diidamkan.

Penyokong:
Quinton (1973), menggangap bahawa kebaikan sesuatu tindakan atau perlakuan ditentukan oleh nilai natijah daripada tindakan itu sendiri.
Penentu nilai berkenaan ialah kesenorokan dan kesakitan yang wujud bersamanya.

Jenis dan Ciri-ciri:
Utilitarianisme menggangap bahawa sesuatu perbuatan baik atau jahat bolehnya disukat. Pada peringkat paling rendah dipanggil ‘act utilitarinisme’. Kita harus bertanya kepada diri sendiri mengenai kesan akibat sesuatu tindakan dalam keadaan tertentu ke atas pihak-pihak yang terlibat sebelum sebarang tindakan diambil. Sekiranya tindakan tersebut menghasilkan kebaikan maka ia dianggap betul.Jenis-jenis Utilitarianism:

Act utilitarianism:
Ciri yang pertama adalah merekodkan akibat sesuatu perbuatan
sama ada bermoral atau sebaliknya berdasarkan kajian kes. Ciri ini dipanggil
act utilitarianism. Misalnya aktiviti riadah dengan menonton televisyen mungkin
dianggap tidak bermoral kerana masa tersebut sepatutnya digunakan untuk
melakukan kerja-kerja yang bermanfaat seperti kerja kebajikan.
Hedonistic
utilitarianism:
Ciri yang kedua pula ialah mengambil kira kegembiraan, kesan daripada suatu tindakan dianggap bermoral. Ini kerana Bentham berpendapat, untuk menentukan benar atau salah (moraliti) tingkah laku individu, ianya perlu mengambil kira kesan dan akibatnya. Misalnya tindakan atau perbuatan yang boleh meningkatkan ciri kesetiaan dan persahabatan, sehingga mencetuskan ciri kegembiraan. Memutuskan persahabatan tetapi membahagiakan kedua-dua pihak yang terlibat adalah suatu yang dianggap bermoral.
Istilah yang selalunya dikaitkan dengan Teori Utilitarianisme adalah seperti berikut:
(a.) Istilah kebaikan: Pengalaman kesenorokan mestilah dikaitkan dengan kebaikan dan pengalaman kesakitan dikaitan dengan kejahatan.
(b.) Istilah kebahagiaan: Menyamakan kesenorokan dengan kebahagiaan.

Contoh yang berkaitan:
(a.) Pandangan peperangan dalam konsep UtilitarianismeDalam memutuskan kemoralan melancarkan peperangan tertentu, seseorang itu mesti menimbangkan kemudaratan dan kebaikan yang mungkin terhasil. Peperangan dianggap wajar dari segi moral jika hasilnya membawa kebahagiaan dan kelebihan yang melebihi kesengsaraan dan penderitaan. Contohnya, utilitarianisme menyokong tindakan mengebom bandar Hiroshima (walaupun banyak yang tidak berdosa berkoban) untuk menamatkan perang dunia kedua. Hal ini kerana jika pihak jepun menang, dunia ini akan hilang sifat kemanusiaan dan kezaliman yang berleluasa.
(b.) Pandangan tentang peraturan yang bermoral.
Sesuatu peraturan yang ditentukan mesti
memaksimunkan keseronokan bagi semua yang terlibat.
Misalnya, peraturan memakai seluar pendek di dalam kampus perguruan.
Contohnya kalau seseorang itu mencuri wang daripada seseorang yang kaya dan kedekut dan kemudian di agihkan kepada si miskin di anggap baik, kerana bilangan orang yang beruntung adalah melebihi daripada seseorang kaya yang kena curi.
Kelemahan-kelemahan teori ini:
1. Intensiti keseronokan atau kesakitan adalah sesuatu perkara yang subjektif dan sukar untuk diukur. Intensiti ini adalah subjektif kerana perasaan setiap individu adalah berbeza.
2. Kualiti keseronokan atau kesakitan yang dialami oleh seseorang individu adalah tidak sama dengan orang lain.
Pengasas-pengasas:
1. Intensiti
keseronokan atau kesakitan adalah sesuatu perkara yang subjektif dan sukar
untuk diukur. Intensiti ini adalah subjektif kerana perasaan setiap individu
adalah berbeza.
2. Kualiti
keseronokan atau kesakitan yang dialami oleh seseorang individu adalah tidak
sama dengan orang lain.
Teori Egoisme:
Definisi:
Egoisme ditakrifkan sebagai teori yang menggangap nilai itu
baik jika menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk jika sesuatu itu
merugikan diri sendiri.
Pengasas:
Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844 – 1900), ialah seorang
ahli falsafah yang mengkritik utilitarianisme. Bagaimanapun, beliau lebih kuat
menentang kemoralan sosial iaitu yang berasaskan tradisi dan peraturan
masyarakat.
Nietzche mengenal pasti dua kumpulan besar manusia iaitu
kumpulan rakyat jelata yang miskin dan kumpulan bangsawan yang kaya. Kumpulan
rakyat jelata adalah ramai dan lemah. Manakala golongan bangsawan ini minoriti
tetapi kuat. Oleh itu, rakyat jelata ini selalunya menyimpan perasaan benci dan
dendam terhadap gologan bangsawan ini.
Hal ini telah menyebabkan kaum bangsawan melihat diri mereka
sebagai durjana dan jahat. Mereka melihat nilai asal mereka (individualisme
atau egoisme) sebagai salah. Usaha rakyat memperkenalkan peraturan moral ini mengandungi
konsep seperti pengorbanan diri, rasa bersalah, suara batin, kepercayaan agama
dan lain-lain. Bagi Nietzsche, mencipta tuhan atau menyedarkan wujudnya tuhan
dan agama yang melindungi golongan rakyat ini adalah hasil daripada
pemberontakan. Jadi, rakyat berjaya menjadikan etika dan kemoralan yang salah
itu menjadi benar yang berpunca daripada perundangan tuhan.
Jadi, sesuatu tindakan itu mesti menguntungkan diri.
Nietzsche ialah seorang egois yang mahu melihat kaum bangsawan untuk berkembang
dan menjadi tuan kepada kod etika, peraturan dan undang-undang moral.
Jenis dan ciri-ciri:
Egoisme boleh dibahagikan kepada Egoisme Psikologi atau
Egoisme Etika.
Egoisme Psikologi
|
Egoisme Etika
|
satu teori deskriptif mengatakan bagaimana orang melakukan tindakan.
|
Memberitahu (pescribe) bagaimana mereka perlu bertindak.
|
Berpendapat bahawa semua orang adalah selfish.
|
Berpendapat bahawa semua orang perlu selfish.
|
Egois biasanya mementingkan diri sendiri sahaja dan tidak
mengambil kira kepentingan orang lain, sebaliknya menindas dan mengeksploitasi
orang lain. Egois tiada iltizam untuk berbakti kepada masyarakat dan
menjalankan kerja sukarela. Mereka ini benci kepada pertubuhan atau organisasi.
Nietzsche memperakui nilai sesuatu sistem peraturan tetapi beliau menentang
peraturan mutlak. Peraturan mestilah bersifat individualistik.
Contoh yang
berkaitan:
a) Tindakan
membantu orang lain
Contohnya, dalam kemalangan kebakaran, kita tidak sepatutnya
menyelamatkan mangsa kerana dikhuatiri akan membahayakan nyawa diri. Bagi
contoh lain, Seseorang itu dianggap tidak beretika apabila tindakannya menolong
orang buta melintasi jalan raya, tetapi berkesudahan dengan kecelakaan.
b) Tindakan
peperangan
Kajian kes British menakluki negeri-negeri Melayu sebelum
Malaysia merdeka, tindakan British mengeksploitasi bahan mentah di
negeri-negeri melayu untuk tujuan kepentingan diri. Dalam situasi ini, British
dianggap golongan bangsawan yang kuat. Manakala orang tempatan dianggap lemah
dan selalunya memberontak mengunakan prinsip ketuhanan (hak mereka sebagai
pemilik) untuk mempertahankan diri. Jadi, peperangan British untuk menakluki
tanah melayu adalah bermoral.
c) Tindakan
kegiatan pertubuhan
Kegiatan pertubuhan yang wujud adalah tidak bermoral kerana
ianya dianggap sebagai suatu fahaman baru untuk mempengaruhi orang lain.
Contohnya, pertubuhan parti-parti politik.
Kelemahan-kelemahan:
1. Egoisme tidak
mengutamakan kemurahan hati kerana mengejar kepentingan diri sendiri, hal ini
memudaratkan orang lain.
2. Peraturan yang
bersifat individualistik ini menyebabkan tiada satu piawaian atau ukuran untuk
menghakimi sesutau tindakan.
Kesimpulan:
Prinsip Utilitarianisme yang dikemukakan mendukung bahawa
kita seharusnya memaksimunkan kebahagiaan dan meminimunkan kesakitan.
Manakala pengajaran Egoisme pula
menyokong etika individualisme. Oleh itu, dalam kehidupan seharian, kita
mestilah berjaga-jaga dan berwaspada dalam menerima fahaman atau pendapat
daripada mana-mana pihak.

0 comments:
Post a Comment