Teori Teleologi

Istilah teleologi diambil daripada bahasa Yunani iaitu “telos” yang bermaksud tujuan atau matlamat dan “logos” yang bermaksud kajian.

2 Teori Penting Teleologi adalah Utilitarianisme dan Egoisme

Konsep ini mula dipebincangkan oleh ahli-ahli falsafah pada masa itu seperti Aristotle dan Pluto.

Peranan Teori Teleologi dalam pembinaan jambatan kedua

Konsep Teori Teleologi dilihat memainkan peranan dalam pembuatan keputusan pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang .

Pemasalahan Dalam Teleologi

Mencuri bagi teleologi tidak dinilai baik atau buruk berdasarkan tindakan, melainkan oleh tujuan dan akibat dari tindakan itu.

SANTAI SEBENTAR - ROBIN HOOD BAIK ATAU JAHAT?

Adakah anda pernah menonton filem Robin Hood? adakah anda rasa tindakan Robin Hood baik?.

Thursday, January 23, 2014

KLASIFIKASI TELEOLOGI




Hedonisme:
Hedonisme mengorientasikan "kesenangan" sebagai hal yang terbaik bagi manusia.

Eudaimonisme
Fahaman teologis ini menegaskan bahawa tujuan akhir hidup manusia adalah untuk kebahagian (eudaimonia).

Utilitarisme
Dalam utilitarisme, tujuan perbuatan-perbuatan moral adalah memaksimakan kegunaan atau kebahagian.

How Important are ETHICS in today's society?


SANTAI SEBENTAR - ROBIN HOOD BAIK ATAU JAHAT?




Adakah anda pernah menonton filem Robin Hood? adakah anda rasa tindakan Robin Hood baik? Suarakan pendapat anda

CHRISTIAN WOLFF


Istilah teleologi dikenalkan oleh Christian Wolff, seorang ahli falsafah yang berasal dari Jerman pada abad ke-18. Beliau amat berpengaruh besar dalam gerakan rasionalisme sekular di Jerman pada awal abad ke-18. Meskipun Wolff berasal dari keluarga Luthean, namun pendidikannya di sekolah Katolik membuatnya mengenal pemikiran Aquinas dan Suarez. Persekolahan dan pengajiannya di Leipzig membuat Wolff berkenalan dengan pemikiran Leibniz dan sempat berkirim surat dengan ahli falsafah tersebut. Pada tahun 1706, Wilff mengajar matapelajaran matematik di Halle dan pada tahun 1709, beliau mula mengajar matapelajaran falsafah. Ia meninggal dunia pada tahun 1754.

Pemikiran Wolff pada dasarnya merupakan pengembangan dari falsafah Leibniz dengan menerap segala bidang ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, falsafah haruslah disertai dengan pengertian-pengertian yang jelas dan bukti-bukti yang kukuh. Suatu sistem falsafah haruslah mempunyai pengisian yang jelas dan penguraian yang baik. Wolff berjasa dalam membuat falsafah yang kemudiannya dapat menarik perhatian umum.

PERBAHASAN MENGENAI TELEOLOGI


Dalam dunia etika, teleologi boleh diertikan sebagai pertimbangan moral akan baik buruknya  suatu tindakan dilakukan. Teleologi menunjukkan mana yang benar dan mana yang salah, tetapi itu bukan ukuran yang terakhir. Yang lebih penting adalah tujuan dan akibat.

Dari segi positif teori teleologi yang di benarkan merujuk pada hati nurani seseorang ketika mengambil keputusan yang betul. Dari segi negatif , etika teleologi juga tidak begitu mampu menjangkau keseluruhan hukum ini. Sebab teleologi mempunyai sisi negatif. Sisi negatif dari teori teleologi ini adalah etika ini akan mampu menarik seseorang ke dalam tindakan yang dapat menghalalkan segala cara demi suatu tujuan.

Alangkah baiknya jika tujuan itu memang untuk suatu kebaikan . Tetapi alangkah buruknya jika seseorang menghalalkan tujuan itu untuk sesuatu yang buruk. Selain itu , jika yang baik ; ( Untuk kami ) di maknai secara sempit , misalnya baik adalah yang nikmat, mudah dan menguntungkan , maka seseorang akan terjebak dalam hedonisme dan egoismenya. Padahal yang baik untuk diri sendiri belum tentu baik untuk orang lain .

Sebagai contoh, kes mencuri untuk keperluan membeli keperluan untuk hidup, kes tersebut di mata hakim memang salah kerana sudah ada undang-undangnya yang menjelaskan dan mengatur hukum kes tersebut. Tetapi jika kita sebagai makhluk sosial yang mempunyai moral dan hati nurani, kes tersebut mungkin dan boleh menjadi adalah perbuatan yang baik atau betul. Kerana perbuatan tersebut tidak ada unsur untuk kepentingan individu atau diri sendiri. Kes tersebut adalah murni untuk membantu seseorang yang sangat memerlukan atau boleh dikatakan dalam keadaan terdesak. Mungkin orang akan berkata, “kenapa tidak mencari pekerjaan atau melakukan sesuatu hal yang positif yang boleh menghasilkan duit selain mencuri ?”.

ETIKA TELEOLOGI



Etika teleologi dapat mengukur baik dan buruknya suatu tindakan berdasarkan tujuan yang ingin dicapai dengan tindakan itu atau berdasarkan akibat yang ditimbulkan oleh tindakan itu. Oleh yang demikian, teleologi selalunya ditafsirkan sebagai pertimbangan moral akan baik buruknya suatu tindakan yang dilakukan. Walaupun sesebuah tindakan dinilai salah menurut hukum, tetapi jika ianya bertujuan dan berakibat baik, maka tindakan itu dinilai baik. Namun dengan yang demikian, tujuan yang baik tetap harus diikuti dengan tindakan yang benar menurut hukum. Berdasarkan pembahasan etika teleologi ini, maka muncul aliran-aliran teleologi, iaitu egoisme dan utilitarianisme.

PERMASALAHAN DALAM TEORI TELEOLOGI

 

Mencuri bagi teleologi tidak dinilai baik atau buruk berdasarkan tindakan, melainkan oleh tujuan dan akibat dari tindakan itu. Kalau tujuannya baik, maka tindakan itu dinilai baik. Seperti, seorang kanak-kanak yang mencuri untuk membayar kos perubatan ibunya yang sedang sakit, apabila tidak disegerakan untuk mengubati ibunya yang sedang sakit, akan mengakibatkan ibunya meninggal dunia.

Atas dasar ini, dapat dikatakan bahwa etika teleologi lebih situasional, kerana tujuan dan akibat suatu tindakan tergantung pada situasi khusus tertentu.

PENGENALAN TEORI TELEOLOGI


Pengenalan Teori Teleologi: Utilitarianisme dan Egoisme.



Pandangan ahli teleologi yang berbeza tentang apa yang dikatakan baik dan jahat telah menyebabkan wujudnya dua jenis teori teleologi yang berbeza iaitu; 
Utilitarianisme dan Egoisme.

Definasi teori Utilitarianisme:

Utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai. Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah kesenorokan (sesuatu yang bukan bersifat moral).

Definasi Teori Egoisme:

Egoisme ditakrifkan sebagai teori yang menganggap nilai itu baik jika menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk jika sesuatu itu merugikan diri sendiri.



2 JENIS TEORI TELEOLOGI | TEORI UTILITARIANISME & TEORI EGOISME

(1) Teori Utilitarianisme


Definisi:

Utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai. Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah kesenorokan (sesuatu yang bukan bersifat moral).


Pengasas-pengasas :

Jeremy Bentham (1748-1832) merupakan pengasas bagi teori ini dan seterusnya dikembangkan oleh anaknya, John Stuart Mill (1806-1873). Jeremy Bentham, mengatakan bahawa manusia dikuasai dan dipengaruhi kesenorokan serta kesakitan, manakala kemoralan ialah usaha mencari kebahagiaan, iaitu kesenorokan.

Bagi John Stuart Mill (1806-1873) pula, beliau membezakan antara keseronokan dengan memasukkan aspek kualiti. Mill mengukur kualiti dan kuantiti sekaligus. Menurut Mill, petunjuk kualiti keseronokan adalah seperti tinggi/rendah, baik/buruk, baru/lama objektif/subjektif, dan. Faktor yang boleh mempengaruhi keseronokan pula ialah kecerdikan, pendidikan, sensitiviti, bermoral dalam tindakan dan kesihatan yang baik. 

Beliau memperihalkan utilitarianisme seperti berikut : 

Prinsip Kebahagiaan Terbanyak yang menekankan bahawa sesuatu perlakuan itu benar atau baik mengikut kadar atau perimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh perlakuan itu. Kesenorokan (bebas daripada kesakitan) sebagai natijah atau hasil yang benar, baik dan yang diidamkan.


Penyokong:

Quinton (1973), menggangap bahawa kebaikan sesuatu tindakan atau perlakuan ditentukan oleh nilai natijah daripada tindakan itu sendiri. Penentu nilai berkenaan ialah kesenorokan dan kesakitan yang wujud bersamanya.


Jenis dan Ciri-ciri :

Utilitarianisme menggangap bahawa sesuatu perbuatan baik atau jahat bolehnya disukat. Pada peringkat paling rendah dipanggil ‘act utilitarinisme’. Kita harus bertanya kepada diri sendiri mengenai kesan akibat sesuatu tindakan dalam keadaan tertentu ke atas pihak-pihak yang terlibat sebelum sebarang tindakan diambil. Sekiranya tindakan tersebut menghasilkan kebaikan maka ia dianggap betul.


Jenis-jenis Utilitarianism:

(1) Act utilitarianism

Ciri yang pertama adalah merekodkan akibat sesuatu perbuatan sama ada bermoral atau sebaliknya berdasarkan kajian kes. Ciri ini dipanggil act utilitarianism. Misalnya aktiviti riadah dengan menonton televisyen mungkin dianggap tidak bermoral kerana masa tersebut sepatutnya digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang bermanfaat seperti kerja kebajikan. 

(2) Hedonistic utilitarianism

Ciri yang kedua pula ialah mengambil kira kegembiraan, kesan daripada suatu tindakan dianggap bermoral. Ini kerana Bentham berpendapat, untuk menentukan benar atau salah (moraliti) tingkah laku individu, ianya perlu mengambil kira kesan dan akibatnya. Misalnya tindakan atau perbuatan yang boleh meningkatkan ciri kesetiaan dan persahabatan, sehingga mencetuskan ciri kegembiraan. Memutuskan persahabatan tetapi membahagiakan kedua-dua pihak yang terlibat adalah suatu yang dianggap bermoral. Istilah yang selalunya dikaitkan dengan Teori Utilitarianisme adalah seperti berikut:

( a.) Istilah kebaikan: Pengalaman kesenorokan mestilah dikaitkan dengan kebaikan dan pengalaman kesakitan dikaitkan dengan kejahatan.

( b.) Istilah kebahagiaan: Menyamakan kesenorokan dengan kebahagiaan.


Contoh yang berkaitan:

(a) Pandangan peperangan dalam konsep Utilitarianisme

Dalam memutuskan kemoralan melancarkan peperangan tertentu, seseorang itu mesti menimbangkan kemudaratan dan kebaikan yang mungkin terhasil. Peperangan dianggap wajar dari segi moral jika hasilnya membawa kebahagiaan dan kelebihan yang melebihi kesengsaraan dan penderitaan. Contohnya, utilitarianisme menyokong tindakan mengebom bandar Hiroshima (walaupun banyak yang tidak berdosa berkoban) untuk menamatkan perang dunia kedua. Hal ini kerana jika pihak jepun menang, dunia ini akan hilang sifat kemanusiaan dan kezaliman yang berleluasa.


(b) Pandangan tentang peraturan yang bermoral

Sesuatu peraturan yang ditentukan mesti memaksimunkan keseronokan bagi semua yang terlibat. Misalnya, peraturan memakai seluar pendek di dalam kampus perguruan.


(c) Tindakan mencuri

Contohnya kalau seseorang itu mencuri wang daripada seseorang yang kaya dan kedekut dan kemudian di agihkan kepada si miskin di anggap baik, kerana bilangan orang yang beruntung adalah melebihi daripada seseorang kaya yang kena curi.



Kelemahan-kelemahan teori ini

1. Intensiti keseronokan atau kesakitan adalah sesuatu perkara yang subjektif dan sukar untie diukur. Intensiti ini adalah subjektif kerana perasaan setiap individu adalah berbeza.

2. Kualiti keseronokan atau kesakitan yang dialami oleh seseorang individu adalah tidak sama dengan orang lain.


( 2 ) Teori Egoisme


Definisi :


Egoisme ditakrifkan sebagai teori yang menggangap nilai itu baik jika menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk jika sesuatu itu merugikan diri sendiri.

Pengasas :

Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844 – 1900), ialah seorang ahli falsafah yang mengkritik utilitarianisme. Bagaimanapun, beliau lebih kuat menentang kemoralan sosial iaitu yang berasaskan tradisi dan peraturan masyarakat. 

Nietzche mengenal pasti dua kumpulan besar manusia iaitu kumpulan rakyat jelata yang miskin dan kumpulan bangsawan yang kaya. Kumpulan rakyat jelata adalah ramai dan lemah. Manakala golongan bangsawan ini minoriti tetapi kuat. Oleh itu,  rakyat jelata ini selalunya menyimpan perasaan benci dan dendam terhadap gologan bangsawan ini.

Hal ini telah menyebabkan kaum bangsawan melihat diri mereka sebagai durjana dan jahat. Mereka melihat nilai asal mereka (individualisme atau egoisme) sebagai salah. Usaha rakyat memperkenalkan peraturan moral ini mengandungi konsep seperti pengorbanan diri, rasa bersalah, suara batin, kepercayaan agama dan lain-lain. Bagi Nietzsche, mencipta tuhan atau menyedarkan wujudnya tuhan dan agama yang melindungi golongan rakyat ini adalah hasil dripped pemberontakan. Jadi, rakyat berjaya menjadikan etika dan kemoralan yang salah itu menjadi benar yang berpunca daripada perundangan tuhan.

Jadi, sesuatu tindakan itu mesti menguntungkan diri. Nietzsche ialah seorang egois yang mahu melihat kaum bangsawan untuk berkembang dan menjadi tuan kepada kod etika, peraturan dan undang-undang moral.


Jenis dan ciri-ciri:

Egoisme boleh dibahagikan kepada Egoisme Psikologi atau Egoisme Etika.



Egois biasanya mementingkan diri sendiri sahaja dan tidak mengambil kira kepentingan orang lain, sebaliknya menindas dan mengeksploitasi orang lain. Egois tiada iltizam untuk berbakti kepada masyarakat dan menjalankan kerja sukarela. Mereka ini benci kepada pertubuhan atau organisasi. Nietzsche memperakui nilai sesuatu sistem peraturan tetapi beliau menentang peraturan mutlak. Peraturan mestilah bersifat individualistik.



Contoh yang berkaitan:

a) Tindakan membantu orang lain
Contohnya, dalam kemalangan kebakaran, kita tidak sepatutnya menyelamatkan mangsa kerana dikhuatiri akan membahayakan nyawa diri. Bagi contoh lain, Seseorang itu dianggap tidak beretika apabila tindakannya menolong orang buta melintasi jalan raya, tetapi berkesudahan dengan kecelakaan.

b) Tindakan peperangan
Kajian kes British menakluki negeri-negeri Melayu sebelum Malaysia merdeka,  tindakan British mengeksploitasi bahan mentah di negeri-negeri melayu untuk tujuan kepentingan diri. Dalam situasi ini, British dianggap golongan bangsawan yang kuat. Manakala orang tempatan dianggap lemah dan selalunya memberontak mengunakan prinsip ketuhanan (hak mereka sebagai pemilik) untuk mempertahankan diri. Jadi, peperangan British untuk menakluki tanah melayu adalah bermoral.

c) Tindakan kegiatan pertubuhan

Kegiatan pertubuhan yang wujud adalah tidak bermoral kerana ianya dianggap sebagai suatu fahaman baru untuk mempengaruhi orang lain. Contohnya, pertubuhan parti-parti politik.



Kelemahan-kelemahan:

1. Egoisme tidak mengutamakan kemurahan hati kerana mengejar kepentingan diri sendiri, hal ini memudaratkan orang lain.

2. Peraturan yang bersifat individualistik ini menyebabkan tiada satu piawaian atau ukuran untuk menghakimi sesutau tindakan.


Kesimpulan:


Prinsip Utilitarianisme yang dikemukakan mendukung bahawa kita seharusnya memaksimunkan kebahagiaan dan meminimunkan kesakitan. Manakala pengajaran Egoisme pula menyokong etika individualisme. Oleh itu, dalam kehidupan seharian, kita mestilah berjaga-jaga dan berwaspada dalam menerima fahaman atau pendapat daripada mana-mana pihak.



SANTAI SEBENTAR

Apabila subjek Sains diajar di dalam Bahasa Inggeris.

2 TEORI PENTING TELEOLOGI ADALAH UTILITARIANISME DAN EGOISME


1)  Teori Utilitarianisme


Konsep ini mula dipebincangkan oleh ahli-ahli falsafah pada masa itu seperti Aristotle dan Pluto. Namun, falsafah inggeris iaitu Jeremy Bentham (1748-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873) telah menjadi satu falsafah yang digunakan sehingga hari ini. Secara umumnya Teori Utilitarianisme menegaskan bahawa  sesuatu tindakan yang akan dilaksanakan haruslah dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk bilangan orang teramai
Prinsip Utalitarian Mengikut Bentham :
  • meningkatkan atau mengurangkan kebaikan kepada pihak yang berkepentingan ataupun

  • meningkatkan atau mengurangkan kebaikan tersebut dari dinikmati.
Pendekatan yang digunakan oleh Bentham bagi mengukur kesan tindakan iaitu kesenangan (pleasure) dan kesakitan(pain) setiap individu akan dicampurkan untuk mendapatkan jumlah keseluruhan kesenangan dan kesakitan. Sekiranya, jumlah kesenangan mengatasi jumlah kesakitan maka tindakan tersebut adalah baik dari segi moral dan boleh dilaksanakan.

Namun, kaedah yang diperkenalkan oleh Bentham telah mendapat kritikan oleh ahli-ahli falsafah. Menyedari kritikan tersebut, John Stuart Mill (1863) merperkenalkan konsep Utilitarianisme iaitu :

John Stuart Mill (1863)

Prinsip Utiliti adalah kepercayaan atau keimanan yang menerima pembentukan moral, utility (Greatest Happiness Principle) dengan menilai tindakan yang betul apabila ia meningkatkankeseronokkan atau kegembiraan (happiness) dan salah apabila ia sebaliknya. Konsep beliau juga menyatakan bahawa darjah kesenangan setiap individu dengan individu lain adalah  berbeza-beza.

Teori Klasik Utilitarian adalah betul jika sekiranya menghasilkan kesenangan yang banyak berbanding dengan kesakitan. Ia boleh dibahagikan kepada empat prinsip seperti:
Consequentalisme - Prinsip yang mengatakan bahawa sesuatu tindakan yang betul ditentukan   oleh   kesan.
Hedonisme - Hedonisme berasal daripada perkataan Yunani "hedone" yang bermaksud kepuasan. Prinsip yang diberi keutamaan kepada kesenangan tanpa kesakitan atau kesenangan. Bagi Hedonisme kesenangan adalah satu-satunya asas kepada kebaikan.
Maximalisme - Tindakan yang betul adalah tindakan yang mempunyai kesan baik yang lebih banyak berbanding kesan buruk.
Universalisme - Sesuatu tindakan haruslah mengambil kira kesannya kepada setiap individu atau mesyarakat secara menyeluruh.






TEORI TELEOLOGI

Apa itu TELEOLOGI????





Istilah teleologi diambil daripada bahasa Yunani iaitu “telos” yang bermaksud tujuan atau matlamat dan “logos” yang bermaksud kajian. Teori teleologi mengatakan bahawa nilai “betul” atau “salah” bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan yang dikenali sebagai (consequentalism). Jadi, kriteria dan piawai asas tentang sesuatu (tindakan atau peraturan) yang baik, benar, salah, jahat dan sebagainya ialah penghasilan nilai bukan moral yang dianggap baik. Bagi teori ini, kebaikan atau kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilai instrumentalnya. Seterusnya, sesuatu tindakan atau peraturan dianggap bermoral jika jumlah kebaikan yang dihasilkan melebihi kejahatan.