Teori Teleologi

Istilah teleologi diambil daripada bahasa Yunani iaitu “telos” yang bermaksud tujuan atau matlamat dan “logos” yang bermaksud kajian.

2 Teori Penting Teleologi adalah Utilitarianisme dan Egoisme

Konsep ini mula dipebincangkan oleh ahli-ahli falsafah pada masa itu seperti Aristotle dan Pluto.

Peranan Teori Teleologi dalam pembinaan jambatan kedua

Konsep Teori Teleologi dilihat memainkan peranan dalam pembuatan keputusan pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang .

Pemasalahan Dalam Teleologi

Mencuri bagi teleologi tidak dinilai baik atau buruk berdasarkan tindakan, melainkan oleh tujuan dan akibat dari tindakan itu.

SANTAI SEBENTAR - ROBIN HOOD BAIK ATAU JAHAT?

Adakah anda pernah menonton filem Robin Hood? adakah anda rasa tindakan Robin Hood baik?.

Friday, January 24, 2014

EGOISME




EGOISME

    Egoisme merupakan motivasi untuk mempertahankan dan meningkatkan pandangan yang hanya akan menguntungkan diri sendiri. Egoisme bererti menempatkan diri ditengah satu tujuan serta tidak mempedulikan penderitaan orang lain, termasuk yang dicintainya atau yang dianggap sebagai teman rapat. Egoisme selalunya menekankan keuntungan pada diri sendiri atau lebih bersifat kepada kepentingan peribadi. Egoisme dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu, egoisme etikal dan egoisme psikologi.

    Egoisme etikal boleh didefinisikan sebagai teori etika yang menyatakan bahawa tolok ukur satu-satunya mengenai baik-buruk suatu perilaku seseorang adalah kewajiban untuk mengusahakan kebahagiaan dan kepentingannya ke atas kebahagiaan dan kepentingan orang lain. Jadi, egoisme etikal adalah suatu teori umum tentang apa yang harus kita lakukan, iaitu apa yang bertujuan untuk memajukan kepentingan peribadi kita masing-masing.

     Egoisme etikal cenderung menjadi hedonistis, kerana menekankan kepentingan dan kebahagiaan peribadi berdasarkan hal yang memberi kebaikan kepada diri sendiri. Setiap perlakuan yang mendatangkan kebaikan bagi diri sendiri selalu dinilai sebagai perilaku yang baik. Sebaliknya, perilaku yang tidak mendatangkan kebaikan bagi diri sendiri harus dihindari. Menurut egoisme-etikal manusia seharusnya bertindak sedemikian rupa untuk berusaha demi kepentingan peribadinya tercapai dan menghidari sebaliknya.

    Egoisme-psikologi adalah pandangan yang menyatakan bahawa semua orang selalu dimotivasi oleh perilaku, demi kepentingan dirinya. Egoisme ini disebut psikologi kerana terutama mau mengungkapkan, bahawa motivasi satu-satunya dari manusia dalam melakukan perilaku apa saja adalah untuk mengejar kepentingannya sendiri.








CONTOH KES

CONTOH KES :  KONSEP TELEOLOGI DALAM ISU PENGEBOMAN IKAN


Dalam isu pengeboman ikan di Semporna,Sabah ,kita dapat melihat bahawa sesuatu kejadian berlaku semestinya ada kesan atau akibat yang bakal diterima. Dalam kes ini, pengeboman ikan dari sudut pandangan nelayan adalah penting kerana mereka perlu mencari rezeki akibat kesempitan hidup yang semakin ketara. Mengikut etika teori teleologikal,pengeboman ikan dalam kalangan nelayan adalah betul dan tidak bersalah kerana niat dan matlamatnya adalah menyara kehidupan keluarga yang serba kekurangan, mereka meletup ikan bukan sahaja dapat menangkap ikan untuk menyara keluarganya tetapi juga menjana sumber ekonomi. Walaubagaimanapun,bagi etika deontologikal, perbuatan itu salah kerana perbuatan meletup ikan adalah salah di sisi undang-undang. Pengeboman ikan secara haram adalah tindakan yang tidak dibenarkan oleh masyarakat atau undang-undang. Jika nelayan itu memikirkan tentang hukuman yang mungkin diterima sekiranya mereka melakukan tindakan meletup ikan, mereka mungkin tidak akan melakukan, berdasarkan etika teleologi yang menekankan kesan dan akibat sesuatu tindakan.


Dari sudut pandangan terhadap tindakan yang bermoral, pengeboman ikan dikatakan membawa akibat atau manfaat yang baik walaupun tindakannya telah menyalahi undang-undang kerana menggunakan bahan letupan secara haram dan letupan tersebut telah membawa kesan sampingan yang tidak terhingga kepada alam sekitar sisi pandangan orang luar. Namun, berdiri pada sudut pandangan nelayan-nelayan tersebut, mereka bertindak sedemikian bukan sahaja dapat menyara hidup ahli keluarga mereka, mereka juga dapat mengaut keuntungan besar. Tindakan ini dengan merujuk kepada teori teleologi, tindakan ini diterima. Jika memikirkan dari sudut pandangan mangsa-mangsa yang terancam, seperti terumbu karang, pelancong asing, dan juga nelayan yang lain yang tidak meletup ikan, kegiatan pengeboman ikan telah membawa kesan yang buruk secara langusung kepada mereka. Dengan itu, berdasarkan teori teleologikal pula, tindakan tersebut tidak mempunyai nilai moral kerana kesan buruk melebihi kesan baik. Bahan letupan bom ikan bukan sahaja akan memusnahkan ekosistem laut malah akan membahayakan sendiri serta manusia yang tidak berdosa. Mengikut etika teleologikal, pengeboman ikan secara haram yang dilakukan oleh sesetengah golongan nelayan adalah baik kerana tindakan ini dapat mencari sumber rezeki yang lebih lumayan daripada terus menggunakan teknik penangkapan tradisional.


Akibat yang baik daripada pengeboman ikan dapat kita merujuk kepada dua tafsiran iaitu,pertama, kesan tersebut telah menyebabkan orang lain bahagia dan pada masa yang sama juga akan menguntungkan diri sendiri. Lebih jelas lagi,sebagai contoh, hasil ikan daripada penggunaan bom ikan adalah lumayan telah membantu golongan bawahan ini dapat menambahkan sumber pendapatan mereka. Jika mereka tidak berlaku demikian dan hanya bergantung kepada cara penangkapan ikan yang tradisional, golongan nelayan ini mungkin akan mengalami kesusahan hidup.


Dalam konsep Utilitarianism ini, manusia cuba memaksimunkan keseronokan dan meminumkan kesusahan. Manusia sememangnya ditakdirkan untuk menikmati keseronokan dan mengelakkan sebarang kesakitan sampai akhirat.Dengan itu.nelayan tersebut memandangkan ke arah kesan atau akibat yang baik, maka mereka pun melakukan sesuatu tindakan yang dapat memaksimunkan keseronokan dan menimimunkan kesakitan atau kesengsaraan. Menurut Bentha, manusia sentiasa mencari peluang mengejar keseronokan fizikal dan mengelakkan kesakitan fizikal. Dalam isu pengeboman ikan,nelayan hanya meniru cara penangkapan ikan yang berasal dari negara jirannya, iaitu negara Filipina yang mula mencipta kaedah-kaedah bom ikan dengan menggunakan bahan letupan.


Apabila kaedah penangkapan haram ini digunapakai oleh nelayan-nelayan yang boleh dikatakan masih mengamalkan cara tradisional telahpun mencuba bagi meningkatkan hasil pengeluaran ikan mereka.Pengeboman ikan dengan menggunakan bahan letupan yang mudah didapati itu telah mendorong nelayan-nelayan tersebut mengekploitasi alam sekitar sebaik mungkin supaya dapat memenuhi keperluan atau kehendak mereka serta menjauhi sebarang kesusahan atau penderitaan.Walaubagaimanapun, teori teleologi juga tidak dapat digunapakaikan dalam setiap keputusan tindakan kita, kerana bukan semua tindakan yang kita hendak buat mempunyai akibat dan kesan yang terang. Jika sesuatu tindakan tiada akibat atau kesan yang terang, kita sukar menilai tindakan itu adalah bermoral atau tidak. Kita mungkin sentiasa berasa sukar membuat pertimbangan sesuatu tindakan yang hendak dibuat kerana kita sentiasa perlu fikirkan akibatnya, ini adalah susah jika kita tidak jelas terhadap akibat sesesuatu tindakan.


PERANAN TEORI TELEOLOGI DALAM KEPUTUSAN PEMBINAAN JAMBATAN KEDUA PULAU PUNANG



Konsep teori teleologi dilihat memainkan peranan dalam pembuatan keputusan pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang .

Beberapa info berkenaan Jambatan Pulau Pinang.

"Jambatan Kedua Pulau Pinang ialah sebuah jambatan baru yang berada dalam pembinaan di Pulau Pinang, Malaysia. Ia menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di Pulau Pinang. Ia menjadi jambatan kedua yang menghubungkan tanah besar dan bahagian pulau selepas Jambatan Pulau Pinang. Jambatan ini menelan kos RM 3 bilion mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan bakal menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara. China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) menyatakan kerja-kerja pembinaan ke atas Jambatan Kedua Pulau Pinang akan bermula pada November 2007 dan dijangka siap pada 2013. Jambatan ini dibina dengan pinjaman besar daripada kerajaan Republik Rakyat China."

(Artikel dipetik dr laman wikipedia)

Pada pendapat anda apakah prinsip yang digunapakai, dan kesan daripada tindakan ini?

ROBOCOP - PENGARUH TEORI TELEOLOGI


Dalam filem ini, Teori Utilitarianisme merupakan asas dalam membuat keputusan untuk mencipta robocop (tindakan yang akan dilaksanakan) bagi membantu pihak berkuasa mengatasi penjenayah demi kepentingan masyarakat sekitar (hasil yang terbaik untuk bilangan orang yang teramai).

Mengikut prinsip-prinsip teori utilitarianisme, tindakan yang betul adalah tindakan yang mempunyai kesan baik yang lebih banyak berbanding kesan buruknya (Maximalisme) dan ia juga menyatakan sesuatu tindakan haruslah mengambil kira kesannya kepada setiap individu atau masyarakat secara menyekuruh (Universalisme)