Friday, January 24, 2014

EGOISME




EGOISME

    Egoisme merupakan motivasi untuk mempertahankan dan meningkatkan pandangan yang hanya akan menguntungkan diri sendiri. Egoisme bererti menempatkan diri ditengah satu tujuan serta tidak mempedulikan penderitaan orang lain, termasuk yang dicintainya atau yang dianggap sebagai teman rapat. Egoisme selalunya menekankan keuntungan pada diri sendiri atau lebih bersifat kepada kepentingan peribadi. Egoisme dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu, egoisme etikal dan egoisme psikologi.

    Egoisme etikal boleh didefinisikan sebagai teori etika yang menyatakan bahawa tolok ukur satu-satunya mengenai baik-buruk suatu perilaku seseorang adalah kewajiban untuk mengusahakan kebahagiaan dan kepentingannya ke atas kebahagiaan dan kepentingan orang lain. Jadi, egoisme etikal adalah suatu teori umum tentang apa yang harus kita lakukan, iaitu apa yang bertujuan untuk memajukan kepentingan peribadi kita masing-masing.

     Egoisme etikal cenderung menjadi hedonistis, kerana menekankan kepentingan dan kebahagiaan peribadi berdasarkan hal yang memberi kebaikan kepada diri sendiri. Setiap perlakuan yang mendatangkan kebaikan bagi diri sendiri selalu dinilai sebagai perilaku yang baik. Sebaliknya, perilaku yang tidak mendatangkan kebaikan bagi diri sendiri harus dihindari. Menurut egoisme-etikal manusia seharusnya bertindak sedemikian rupa untuk berusaha demi kepentingan peribadinya tercapai dan menghidari sebaliknya.

    Egoisme-psikologi adalah pandangan yang menyatakan bahawa semua orang selalu dimotivasi oleh perilaku, demi kepentingan dirinya. Egoisme ini disebut psikologi kerana terutama mau mengungkapkan, bahawa motivasi satu-satunya dari manusia dalam melakukan perilaku apa saja adalah untuk mengejar kepentingannya sendiri.








0 comments:

Post a Comment