PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mac
tarikh penamaan calon manakala 23 Mac hari mengundi untuk Pilihan Raya Kecil
(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang media di Bangunan SPR, di sini,
sebentar tadi selepas mengadakan mesyuarat khas pagi tadi.
Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya, Lee Chin
Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 27 Januari lalu.
Sebelum ini pakatan pembangkang menamakan Ketuanya, Datuk
Seri Anwar Ibrahim sebagai calon mereka untuk mengisi kekosongan kerusi
berkenaan.
Lee memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lalu
dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan Barisan
Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon bebas.
PRK Kajang adalah PRK ketiga dalam tempoh lapan bulan sejak
pilihan raya umum ke-13 selepas PRK DUN Kuala Besut, Terengganu dan DUN Sungai
Limau di Kedah.






0 comments:
Post a Comment