Thursday, January 30, 2014
ISU KENAIKAN HARGA BARANG
6:31 PM
No comments
Isu kenaikan harga barang. Siapa penyebab, siapa punca utama dan siapa mangsa, ianya menjadi pertelingkahan pelbagai pihak yang menyalahkan antara satu sama lain. Dari sudut pemerintah/ pihak berkuasa, ada yang menyalahkan pengguna dengan mengatakan pengguna adalah punya kepada kenaikan harga barangan disamping punca lain kenaikan harga barang. Dari sudut pandangan penguna, pemerintah adalah punca kenaikan harga barang.
Jika kita melihat kepada teori-teori yang terdapat didalam etika perniagaan antaranya Teori teleologi, dan teori deontologi, kita pasti akan dapat merungkai permasalahan berkenaan kenaikan harga barang ini.
Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan dalam artikel di laman web, mereka, sikap pengguna punca kanaikan harga barangan.
"TABIAT BERBELANJA BOROS?
Tabiat berbelanja boros sesetengah pengguna di negara ini, menurut Muhammad Sha'ani turut merangsang kenaikan harga barangan.
Menurut beliau, kemasukan barangan daripada luar negara pada harga yang berpatutan mendorong pengguna untuk sakan berbelanja.
"Pengguna hari ini cenderung berbelanja besar terutamanya golongan kelas pertengahan yang tidak teragak-agak menghamburkan wang mereka membeli produk teknologi baru dan aksesori peribadi atas nama fesyen dan kesenangan.
Pengguna yang berpendapatan pertengahan, katanya turut membawa dimensi baru dalam pembelian barangan.
"Mereka ini menghabiskan masa berjam-jam membeli-belah di pasar raya kerana terdapat banyak barangan makanan yang sofistikated di sana.
"Pengguna bebas melihat, memegang dan memilih barangan makanan yang tidak tahan lama (perishables) dan semuanya ini ada kos tambahan yang dikenakan ke atas barangan tersebut. Ini menyumbang kepada kenaikan harga barangan," jelas Muhammad Sha'ani.
BUDAYA BERHUTANG
Promosi berleluasa kad kredit, pinjaman perumahan dan sewa beli oleh institusi kewangan memburukkan lagi keadaan.
Muhammad Sha'ani berpendapat sektor kewangan sebenarnya menggalakkan budaya berhutang menerusi tawaran hadiah percuma, kadar faedah yang rendah serta skim bayaran balik mudah.
"Budaya berhutang semakin menjalar dalam kehidupan masyarakat hari ini. Anak-anak muda yang baru memasuki dunia pekerjaan turut terjebak dalam sindrom
Tambah beliau, gaya hidup 'miliki dulu, bayar kemudian' ini akan hanya mengheret pengguna ke dalam perangkap hutang dan mereka akhirnya akan menjadi muflis.
"Dalam ketika kos sara hidup semakin meningkat, kebanyakan bank semakin ligat mempromosikan pinjaman dan kad kredit mereka.
"Tanpa disedari pengguna, hutang mereka mula bertimbun sehinggakan ada yang terpaksa mengambil pinjaman peribadi semata-mata mahu melangsaikan hutang kad kredit," keluhnya."
(dipetik dari laman web KPDNKK)
Persoalan kenaikan harga barang sememangnya boleh dirungkai akan punya dan kesannya dengan melihat secara mendalam kepada teori - teori etika yang ada.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment